Khamis, November 06, 2008

Pengembaraanku bermula...



Bismillahirrahmannirrahim..

Segala pujian bagi Allah tuhan sekalian alam yang menciptakan segala-galanya dengan amat sempurna. Segala kekurangan itu ditutup dengan kesempurnaan yang tidak berbelah bahagi. Maha suci Allah yang menciptakan bumi ini serba indah, serba cantik dengan pelbagai bangsa hidup di atasnya. Firman Allah SWT di dalam surah al-Hujurat, ayat 13 yang bermaksud :

Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.
Maka pengembaraan saya pun bermulalah. Mengambil pengajaran dari ayat ini yang menggalakkan kita saling kenal mengenal antara satu sama lain. Kembara merentas lautan..merentas jarak masa dan suasana. Juga merentas rasa rindu pada tanah air tercinta.

Ramai kawan-kawan di Malaysia; kekadang saudara mara menyoal tindakan saya hendak kembara jauh menuntut ilmu.

" Apa kat Malaysia ni tak ada ke bidang yang kamu nak belajar ni?"

" Jauh-jauh buat apa, Malaysia ni macam Universiti ada.."

" Buat habis duit je, balik-balik kerja tak ada juga"

Itu la antara kata-kata yang disembur pada saya..huhu..memang mematahkan semangat; tapi tidak bagi pengembara seperti saya. Saya ada 'kompas' yang dipegang dan dirujuk. Bukan tak nak memilih Universiti dalam negara tapi saya tau kembara ini akan menemukan saya dengan sesuatu. Akan memberi berjuta erti pada hati, pada pengalaman, kematangan dan sudah pasti pada tahap keilmuan. Saya mahu jadi pemikir Ummah! Bukan nak cari kerja semata-mata. Lautan ilmu penuh hikmah yang ku cari.

Saya juga termotivasi dengan firman Allah yang saya lampirkan tadi. Betapa Allah taala menciptakan manusia itu berbangsa-bangsa..setiap bangsa itu pula ada budaya, cara, dan sejarah yang tersendiri, yang perlukan kepada kita untuk memahaminya agar terbekas keimanan di hati. Rasa besarnya ciptaan dan kurniaan Ilahi.

Yang pasti perjalanan saya diredhai oleh kedua IbuBapa tercinta....




" Pergilah Along...belajarlah, duit boleh dicari tapi peluang belajar ni susah nak dapat. Dekat bumi Anbiya' tu,bukan sebarangan tempat.."

" Belajar..bagi sumbangan pada masyarakat..pada orang kampung bila balik nanti.."

" Mak dengan Abah doakan Along berjaya.."

Itu la kata-kata perangsang yang membakar semangat kembara anak muda seperti saya ni. Saya akan pastikan permulaan kembara ini adalah permulaan kepada sebuah kejayaan yang besar..lebih besar..sangat-sangat besar...

Minat saya terhadap sejarah terutamanya sejarah ketamadunan Islam begitu mendalam. Negara yang sedang saya diami sementara ini adalah antara negara mayshur dalam sejarah dan ketamadunan Islam. Berbagai cerita terkandung dalam lipatan sejarahnya yang panjang. Saya akan teroka satu persatu insyaallah..semoga Allah permudahkan. Juga negara-negara lain seperti Mesir, Yaman, Syria dan Turkey dan yang terutama sudah tentu kembara diri ke Baitullah Al-Haram idaman kalbu dan nubari..semoga Allah perkenankan..

Semoga kembaraku tidak diiring sepi dan dimudahkan serta diredhai Allah SWT..Amin.

Tepat jam 4 pagi waktu malaysia, 7 hb September maka bermulalah kembaraku mencari berjuta erti hidup, pada diri dan hati...( terbang menggapai langit impian-Qatar Airways)

Tiada ulasan: