Selasa, November 25, 2008

Manusia Yang Bukan ' MANUSIA '


Tatkala menatap tajuk di atas, pasti semua akan tertanya-tanya siapakah manusia yang bukan MANUSIA?? Manusia adalah kita semua. Jadi, kalau manusia yang bukan manusia itu adalah siapa?? Orang bunian ke?? Atau haiwan?? Atau jin, hantu dan seangkatan dengannya?? Boleh jadi serigala jadian, harimau jadian dan yang bersangkutan dengannya??

Tidak. Saya bukan ingin membicarakan tentang semua itu. Manusia yang bukan MANUSIA adalah kita semua. Kita manusia tetapi tida
k menjadi seorang MANUSIA. Pertama sekali, saya ingin mendefinasikan perkataan MANUSIA yang saya tulis dengan huruf besar ini. MANUSIA dalam penulisan ini adalah seorang hamba Allah SWT yang dilantik sebagai khalifah buat memakmurkan alam semesta ini, tunduk dan patuh kepada segala perintah Allah SWT, meninggalkan segala larangannya dan hidup berlandaskan Syariah Islamiah.

Semua orang adalah manusia. Tetapi bukan
semua manusia adalah MANUSIA. MANUSIA yang sebenarnya MANUSIA, sentiasa arif dan faham akan tanggungjawabnya di atas alam kurniaan Illahi ini. Tidak melakukan sesuatu yang tersasar jauh dari yang sepatutnya dilakukan.

Firman Allah SWT :

" Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu adalah cepat azab siksaNya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Maha Mengasihani " Al-Quran - 6 : 165.


Allah Swt telah menjadikan manusia itu khalifah di muka bumi ini. Allah telah mengurniakan pelbagai nikmat dan rezeki kepada manusi
a buat menjalankan tugas kekhalifahan di alam ini. Tetapi adakah kita telah menjalankan segala tugas dengan sebaiknya? Ini semua merupakan ujian dari Allah SWT buat hambanya. Adakah kita bersyukur atau tidak dengan segala nikmat kurniaanNya dan adakah kita melaksanakan amanah yang dipikul ini??

Allah SWT juga telah meninggikan darjat manusia diantara makhluk-mahklukNya yang lain di atas muka bumi ini. Kita lihat haiwan yang wujud di atas muka bumi ini, adakah semuanya sama dengan manusia?? Sifatnya, perilakunya..dan segalanya??Kita sentuh pula tumbuh-tumbuhan yang ada di sekeliling kita, samaka
h dengan kita semua?? Tidak bukan.

REALITI KEHIDUPAN...

Namun realitinya manusia itu tidak mahu jadi MANUSIA. Kita lihat beberapa lama dahulu, ada manusia sanggup mendatangkan teori menyatakan kita semua bersusur-galur dari keturunan ' beruk '. Sungguh cetek akal fikirannya. Dilahirkan sebagai manusia tetapi mahu menjadi anak cucu beruk, Nauzubillah. Mereka ini manusia tetapi tidak mahu menjadi MANUSIA.

Kita lihat pula di zaman moden ini. Era tanpa sempadan. Segalanya berada dihujung jari. Tapi sayang manusia semuanya bukan MANUSIA sebenarnya. Semakin jauh mengecap kemodenan semakin jauh melupakan asal kejadian. Tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan ditinggalkan. Menjauhi cahaya kebenaran. Hidup berlandaskan nafsu semata-mata

Maka lahirlah generasi-generasi perosak keta
madunan. Gejala sosial berleluasa. Zina, bunuh, rogol dan sebagainya. Hampir setiap hari ada sahaja perkara yang dilakukan manusia tetapi tindakannya bukan lagak seorang MANUSIA! layakkah mereka bergelar manusia jika amal perbuatan mengalahkan haiwan?? Seganas-ganas singa dan harimau pun tidak sanggup membuang anak sendiri tapi manusia ini sanggup! Di mana kemuliannya dibanding makhluk yang lain?

Jika ada yang perasan di dalam surat khabar
Metro beberapa ketika dahulu ada disiarkan artikel tentang ' sup janin ' tujuan untuk meningkatkan tenaga batin. Masyaallah... Pernahkah kita terfikir ada manusia yang sanggup memakan daging manusia sendiri?? Mereka ini seperti 'canibal' tetapi bezanya hidup di bandar-bandar bukan hidup di tengah hutan Amazon.. MANUSIAkah mereka??

Baru-baru ini pula heboh tentang majlis Fat
wa Kebangsaan mengharamkan wanita yang menyerupai dan berperwatakan lelaki ( pengkid ). Maka muncullah manusia-manusia yang menentang dan tidak bersetuju dengan tindakan tersebut. Siapa kita hendak menentang hukum yang ditentukan Allah Taala? Fatwa dibuat berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah, bukan sesuka hati. Menentang hukum haramnya perbuatan tersebut seumpama menentang hukum Allah SWT..Nauzubillah..bawalah bertaubat. Nyata lagi bersuluh bahawa mereka ini manusia yang bukan MANUSIA!

Itu hanyalah secebis dari perlakuan manusia yang
bukan MANUSIA. Mereka bertindak hanya mengikut hawa nafsu semata-mata. Tiada pertimbangan. Tiada percaturan untung rugi di akhirat. Rugi..Amat rugi mereka ini.

Menyorot Sejarah...

Kita lihat pula kejatuhan tamadun Islam yang kita banggakan dahulu. Mana perginya megah Andalus? Mana hilangnya agung Uthmaniah? Kenapa kita tidak dapat mengembalikan kegemilanagan yang telah hilang ini??

Ini semua disebabkan umat Islam telah m
enjadi manusia yang bukan MANUSIA. Apabila hukum Allah ditolak ketepi. Kekayaan dan kenikmatan dunia yang dicari, maka Allah Taala beri pembalasan serta-merta kepada kita semua. Hilang lesap tamadun agung Islam selama beribu-ribu tahun. Umat Islam semakin jauh...

Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa tanggungjawab khalifah itu menghendakkan manusia terlibat dalam dua perkara iaitu " iqamatuddin wasiasatuddunia" atau bermaksud mendirikan agama dan mengurus dunia.

Jika kita mahu dunia berkeadaan aman maka dunia ini mestilah diletakkan dibawah urus tadbir kekhalifahan Islam. Bagaimana??

Sudah tentu dengan kita bersama-sama menjadi MANUSIA!

Kita perlu mendirikan agama dan kemudian mengurus dunia dengan sebaiknya.

Insyaallah, kita mampu mencapai redhaNya....
.

Selamat menjadi MANUSIA kembali!





Tiada ulasan: