" Man, kita dah tersasar jauh ni dari jeti. Macam mana ni?"
" Aku tahu. Sabar-sabar, jangan la ' gabra ' sangat Aziz. Walaupun aku ni tak selalu turun ke laut tapi aku tahu juga serba sedikit cara nak selesaikan masalah kita ni "
" Hari dah malam ni, mau aku tak ' gabra '. Tak pasal-pasal kena telan dengan ikan paus karang..eee, takut aku ," sambil menggigil Aziz merenung Man.
" Haha, kau ni Aziz. Buat lawak ke? Ikan paus makan orang ke?? Jangan la celupar sangat. Hmm..cuba kau perhati sekeliling. Kalau ada nampak macam cahaya terus bagitau aku ."
" Cahaya apa??"
" Kita cari cahaya dari rumah api. Nanti tahu la kita arah nak ke jeti," Man memberi arahan.
" Man!.Man!.Aku dah nampak! Aku dah nampak! Sana tu..," Aziz berteriak sambil menunjukkan jarinya ke arah utara. Kelihatan sayup-sayup pancaran cahaya dari rumah api.
" Ok, kita gerak sekarang," Man tersengih menampakkan giginya yang sumbing sambil menghidupkan enjin bot mereka.
*************
Mari kita renung kisah Man dan Aziz melalui dialog di atas. Mereka sebenarnya tersesat jauh dari jeti ketika memancing di laut. Tambahan lagi, hari yang merangkak malam menyukarkan pandangan. Laut pun mula bergelora hebat sehingga bot kecil yang mereka naiki teroleng-oleng.Kita perhatikan di sini, mereka mencari cahaya dari rumah api bagi memandu arah pulang ke jeti. Berperanan sungguh rumah api kepada mereka bukan??
Cuba kita kaitkan kisah di atas dengan hidup kita seharian. Kadang-kadang dalam kita sibuk mencari rezeki, dalam kita sibuk menuntut ilmu, dalam kita kesibukan menyelesaikan segala permasalahan duniawi kita pernah sesat dan tersasar dari ' landasan ' ditambah lagi dengan dugaan hidup yang mencabar yang menguji kesabaran dan iman.
Samada kita sedar atau tidak perkara ini sering berlaku sebenarnya. Saya berikan contoh di sini, seorang peniaga jika diduga dengan kerugian yang besar boleh jadi dia akan kecewa lalu tidak redha dengan ketentuan takdir yang menimpa. Seorang pegawai yang dalam kesempitan wang boleh jadi sanggup menerima rasuah. Seorang suami kadang-kadang tersasar dari tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Seorang pelajar terkadang malas mengulangkaji pelajaran kerana mengutamakan perkara yang tidak penting seperti melepak, main ' game ' dan sebagainya. Ada juga orang kaya yang lupa diri kerana kesenangannya lalu bakhil kepada orang yang memerlukan. Ada pelajar yang ego dan bangga diri dengan kepintaran yang dimiliki tanpa sedar segalanya milik Allah Taala.
Hidup ini umpama lautan. Ada pasang surutnya. Terkadang pukulan ombak dugaan terlalu kuat menghempas. Terkadang juga bayu kurniaan dan kesenangan terlalu lembut meniup sehingga membuat kita lupa. Diri kita umpama kapal yang belayar di lautan kehidupan penuh pancaroba. Kita perlukan sesuatu untuk memacu arah jika tersasar jauh, kita perlukan sesuatu yang mampu membawa kita kembali ke jalan pulang setelah tersesat di tengah badai nan keras mahupun ketika asyik dielus bayu nan lembut.

KITA SUDAH TEMUI RUMAH API SEBENARNYA...
Ya, kita perlukan sesuatu yang bertindak seumpama rumah api yang memberi arah kepada kapal-kapal mencari daratan.
Kita perlukan sesuatu yang dapat memberi peringatan jika tersasar dan menunjuk arah jika berada dalam kesesatan dan kejahilan. Cukuplah Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan kita semua. Kita sudah menjumpai cahaya itu..Allah telah menurunkan Al-Quran sebagai panduan hidup manusia sehingga akhir zaman.
Rasulullah SAW juga meninggalkan khazanah yang cukup berharga iaitu As-Sunnah sebagai rujukan kita semua. Al-Quran dan As-Sunnah sebenarnya bertindak seumpama rumah api kepada kapal dagang diri manusia. Jika kita sesat atau tersasar, maka carilah sinar cahaya itu buat penyuluh jalan nan satu. Jalan ke arah redha Allah SWT.
Jika ditimpa hempasan ombak dugaan yang hebat, rujuklah Al-Quran dan As-Sunnah.
Jika dilimpah kurniaan dan nikmat, ikutilah nasihat Al-Quran dan As-Sunnah supaya bersyukur.
Mari kita renung antara isi kandungan khutbah al-wida' yang disampaikan Rasulullah SAW pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijrah di Lembah Uranah, Arafah :
" Wahai manusia, tidak ada lagi nabi atau rasul yang akan datang selepas ku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan As-Sunnah."
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad SAW....
Redha dengan dugaan yang menimpa, syukur atas nikmat dan kurnia.
Insyaallah kita akan dipacu kearah cahaya dan CINTANYA.....
Selamat belayar!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan