Ahad, November 09, 2008

Dasar Luar Negara vs Dasar Dalam Diri


Alhamdulillah, hari minggu saya semalam telah terisi dengan sebuah program ilmu yang tidak mensia-siakan waktu saya sebagai mahasiswa di rantauan ini. Di Jordan, hari minggu adalah pada hari sabtu kerana kami di sini bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu; seperti di beberapa negeri di Malaysia.

Program yang saya maksudkan adalah Seminar Dasar Luar Negara yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan ( MPPM ), bertempat di Pejabat Kedutaan Malaysia di Amman. Kami telah didedahkan dalam seminar ini apa itu dasar luar sesebuah negara, kepentingannya dan perlaks
anaannya dalam era globalisasi ini.


ERTI DASAR LUAR....

Dasar luar sesebuah Negara adalah instrumen atau alat penting dalam menjalin hubungan kerjasama dan berinteraksi dengan negara-negara lain. Ianya juga diguna pakai untuk berinteraksi dengan aktor bukan negara seperti organisasi atau gerakan antarabangsa termasuk badan-badan bukan kerajaan dan sebagainya. Melalui dasar luar, negara yang bebas dan medeka dapat menjelaskan dan mempertahankan pendirian berhubung pelbagai isu yang mempunyai kepentin
gan dan membawa impak positif atau sebaliknya kepada negara.

Perlaksanaan dasar luar dapat dilihat dalam dua konteks utama;

Pertama : dalam konteks yang melibatkan hubungan dua negara seperti Malaysia-Jordan.

Kedua : dalam konteks pelbagai hala ( multilateral relations), terutamanya yang berkait rapat dengan hubungan kerjasama antara negara dan badan-badan antarangbangsa atau pertubuhan-pertubuhan dunia seperti PBB, WTO, ASEAN, OIC, NAM dan sebagainya.

Itulah sedikit sebanyak tentang makna dasar luar bagi sesebuah negara.

Seminar tersebut berakhir pada jam 2.30 petang. Selepas jamuan makan, kami pun pulang ke
' mantiqah ' ( daerah ) masing-masing.


DASAR DALAM DIRI...

Tetapi hendak dijadikan cerita, perjalanan kami menempuh sedikit kesukaran kerana bas yang kami naiki mengalami kerosakan. Pak cik 'driver' bas terpaksa memberhentikan bas beberapa kali bagi membaiki masalah tersebut. Kalau tak silap saya masalah brek. Keadaan ini bahay kerana perjalanan menuju ke Irbid akan menempuh jalan yang berbukit tinggi dan pastilah memerlukan kenderaan yang mempunyai sistem brek yang baik..




* gambar dari dalam bas yang berhenti di tepi jalan *

Semua kawan-kawan terpaksa bersabar dalam kepenatan tambahan pula hari sudah merangkak ke malam. Saya pun jadi sedikit kepanasan..hah
a, kepanasan suasana dan hati. Namun dalam keadaan sedemikian, hadirlah satu bersoalan di benak pemikiran saya yang kering ilmu ini. Apakah negara sahaja yang memerlukan sebuah dasar bagi memacu perjalanan pemerintahannya agar wujud keamanan, keharmonian, dan ke
stabilan?? Bagaimana dengan diri kita ini?? Tak perlu
' ke ' rangka dasar untuk memacu diri menghadapi hidup yang berliku cabaran dan dugaan ini??

Apa pendapat rakan pembaca semua??

Bagi saya, setiap individu itu lagi-lagi seorang muslim perlu merangka dasar atau pegangan dalam diri bagi memacu dirinya mendepani hidup ini. Ya..Hidup ini terlalu banyak cabaran. Bentuknya pula bermacam-macam. Malas itu pun cabaran, bagi mahasiswa seperti saya ini. Cabaran yang perlu dihadapi dan ditangani. Tapi, bagaimana??


Pastilah dengan dasar yang kita bina dalam diri kita!

Di sini saya terjemahkan dasar dalam diri sebagai satu instrumen atau alat penting atau
'medium' dalam menjaga hubungan dan hak-hak kepada Allah SWT dan kepada manusia seluruhnya.

Baiklah, jika tadi saya datangkan dua konteks dasar luar sesebuah negara. Sekarang saya akan bawa pula dua konteks dasar dalam diri yang perlu kita perhati dan telitikan:


Pertama : Dalam konteks dua hala yang melibatkan hubungan antara hamba dan Pencipta ( Hablum minallah) iaitu hubungan manusia dengan Allah SWT. Dalam konteks ini, manusia perlu menjaga hak-hak sebagai hamba terhadp Pencipta iaitu Allah SWT dengan mematuhi segala suruhannya dan menjauhi larangannya. Memperkukuh keimanan dan menambah kecintaan kepada Allah SWT. Dengan ini, maka kita terhalang untuk melakukan perkara-perkara yang akan mendatangkan kesan yang negatif dan boleh menganggu-gugat keamanan, kestabilan dan ketenteraman hati nubari.

Kedua: Dalam konteks pelbagai hala yang melibatkan hubungan antara manusia sesama manusia dan antara manusia dengan segala makhluk ciptaan Allah SWT. Dalam konteks ini pula, kita perlu menjaga hubungan yang baik sesama manusia, menjaga hak-hak mereka, menjalinkan silaturrahim dan sebaginya. Hubungan dengan makhluk yang lain pula memerlukan kita tidak berlaku zalim dan kejam terhadap semuanya. Contohnya kita memukul kucing sampai mati dan sebagainya.

Kaitannya dengan hidup ialah, jika kita mempunyai dasar dan pegangan atau pendirian yang mantap sudah pastilah segala perkara yang mengganggu-gugat dan membawa impak negatif kepada diri, iman dan hati kita dapat ditepis dengan sebaik mungkin.


MAHASISWA/MAHASISWI...





Sebagai mahasiswa dan mahasiswi, kita seharusnya mempunyai dasar atau pegangan kita sendiri dalam mendepani dunia yang lebih me
ncabar. Dengan adanya panduan ini, kita dapat bangun, berdiri sebagai seorang yang berjaya di masa hadapan. Pelbagai isu yang akan memberi impak negatif mampu kita tolak ketepi.

Sebagai contoh, sikap malas.. Jika kita mempunyai dua aspek penting dasar dalam diri tadi, pasti sifat malas ini dapat kita tumpaskan! Dengan merujuk kepada aspek pertama dasar diri yang mana kita perlu mematuhi perintah Allah Taala dan mentaatinya, saya jamin sifat malas ini akan berubah kepada rajin..semakin rajin...sangat-sangat rajin...

Ingat firman Allah taala dalam surah al-Mujadalah ayat 11 yang bermaksud:

" Allah akan mengangkat darjat orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah maha teliti akan apa yang kamu kerjakan."

Rasulullah SAW bersabda:

" Sesiapa yang mati ketika menuntut ilmu, maka ia akan menemui Allah SWT sedangkan jaraknya ketika itu dengan para Nabi tidak ada kecuali satu darjat kenabian."

Riwayat Tabrani.


Begitu juga dengan konteks yang kedua, jika kita menghadapi situasi malas, kita ingat semula harapan mak dan ayah, harapan masyarakat, harapan agama dan negara pasti rasa malas itu akan kita ketepikan. Inilah yang saya katakan dengan konteks pelbagai hala kerana ia melibatkan hubungan dengan keluarga, masyarakat dan agama dan negara.

Jadi, dasar dalam diri yang kita bentuk itu akhirnya memacu kita ke arah suasana yang lebih baik, semangat yang lebih tinggi dan membawa impak positif kepada diri kita.
Akhirnya lahirlah kita sebagai orang yang berjaya....INSYAALLAH..

Akhir kalam, saya menyeru kepada semua agar dapar kita wujudkan dasar dalam diri kita ataupun bahasa mudahnya pendirian kita agar perjalanan kit
a menuju hari muka akan lebih lancar lagi dan tersusun. Semoga kita semua dapat memberi sumbangan kepada Agama kita, Bangsa dan Negara kita Malaysia tercinta...

Sabda Rasulullah SAW:

" Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling bermanfaat untuk manusia "


Renung-renungkan...

Rujukan:

1) Al-Quranul Karim
2) Kertas kerja Perspektif Dasar Luar Malaysia yang dibentangkan Duta Besar Malaysia ke
Amman,Jordan ;TYT. Dtk. Hasnuddin bin Hamzah.






Tiada ulasan: