Artikel-artikel sebelum ini telah banyak saya sentuh isu berkenaan dengan riba. Saya telah nyatakan serba sedikit takrif, dalil pengharaman dan perbezaannya dengan jual beli. Saya juga ada menyebut tentang aplikasi riba di bank dalam entry saya bertajuk " Riba : Masih Ramai Tidak Beri Perhatian."
Kali ini saya hanya mahu mencatat ringkas berkenaan dengan cara menggunakan hasil riba yang kita terima contohnya interest/ faedah dari bank-bank konvensional yang kita langgani.
Kita telah tahu amaran-amaran keras dari Al-Quran dan juga hadis-hadis Nabi SAW berkenaan pengharamannya dan dosa yang akan menimpa pemakan riba. Tapi kita belum tahu apa yang perlu kita lakukan terhadap harta-harta atau hasil riba yang kita perolehi.
Adakah kita perlu biarkan sahaja di dalam bank??
Atau kita keluarkan dan buang duit hasil riba itu ke dalam sungai??
Atau kita bakar sahaja??
Hendak diguna sudah tentu haram dan berdosa. Jadi bagaimana??
Insyaallah di dalam post ini saya akan terangkan dan buka jalan penyelesaian kepada anda sekalian.
Untuk mereka yang baru sedar akan keterlibatan mereka dengan dosa riba dan takut lagi gerun akan amaran-amaran keras Allah SWT, bertindaklah segera! Mungkin sudah tiba masanya anda bertukar kepada produk kewangan atau perbankan yang diyakini menjalankan sistem Islam.
Bagi yang sengaja menggunakan produk kewangan konvensional untuk mendapat pulangan dalam bentuk interest dan faedah pula, segeralah bertaubat. Tinggalkan rezeki yang tidak halal lagi besar dosanya itu.
Sumber Haram.
Dalam Islam, harta haram boleh diklasifikasikan kepada dua keadaan iaitu :
Haram kerana zatnya : Contoh bagi keadaan ini adalah anjing, babi, bangkai dan arak serta yang bersangkutan dengannya seperti air yang memabukkan lainnya. Barang-barang ini dijatuhkan hukum haram dalam apa-apa pun keadaan. Hatta memperolehinya dengan cara yang halal.
Haram kerana cara memperolehinya : Harta ini diharamkan bukan kerana zatnya tetapi kerana sifatnya. Contohnya seperti harta curi, hasil penipuan, riba dan sebagainya. Walaupun asal keadaan harta itu adalah halal tetapi cara kita memperolehinya menjatuhkan ia kepada hukum haram. Ahli Fiqh meletakkan satu kaedah yang mudah iaitu :
Maksudnya, jika salah cara walaupun asalnya adalah halal maka barang itu akan bertukar haram.
Maka tidak syak lagi bahawa hasil riba adalah dari harta haram kategori kedua iaitu haram disebabkan cara memperolehinya. Asal wang itu adalah halal, maka perlulah kita menyalurkan kepada masyarakat umum dengan cara yang halal iaitu dengan sedekah dan sebagainya.
Ulama menyarankan kita menggunakan hasil riba untuk diinfaqkan kepada masyarakat awam bagi kepentingan umum. Contohnya adalah seperti pembinaan jalan raya, tandas awam, jambatan dan sebagainya.
Perkara-perkara yang mulia tidak boleh kita lakukan dengan menggunakan hasil riba. Contohnya seperti pembinaan masjid, membeli al-Quran dan membayar zakat.
Allah SWT menyebut di dalam surah al-Baqarah ayat 267 maksudnya :
"Wahai orang-orang yang beriman, infaqkanlah sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untukmu. Janganlah kamu memilih yang buruk untuk kamu keluarkan, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan enggan terhadapnya. Dan ketahuilah Allah Maha Kaya , Maha Terpuji."
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda :

تَغَيُّرُ أَسْبَابِ الِمْلِك يُنَزَّلُ مَنْزِلَةَ تَغَيُّرِ الأَعْيَان
" Berubahnya cara memperoleh sesuatu barang itu dihukumkan kepada perubahan kepada barnag tersebut. "
Maksudnya, jika salah cara walaupun asalnya adalah halal maka barang itu akan bertukar haram.
Maka tidak syak lagi bahawa hasil riba adalah dari harta haram kategori kedua iaitu haram disebabkan cara memperolehinya. Asal wang itu adalah halal, maka perlulah kita menyalurkan kepada masyarakat umum dengan cara yang halal iaitu dengan sedekah dan sebagainya.
Ulama menyarankan kita menggunakan hasil riba untuk diinfaqkan kepada masyarakat awam bagi kepentingan umum. Contohnya adalah seperti pembinaan jalan raya, tandas awam, jambatan dan sebagainya.
Perkara-perkara yang mulia tidak boleh kita lakukan dengan menggunakan hasil riba. Contohnya seperti pembinaan masjid, membeli al-Quran dan membayar zakat.
Allah SWT menyebut di dalam surah al-Baqarah ayat 267 maksudnya :
"Wahai orang-orang yang beriman, infaqkanlah sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untukmu. Janganlah kamu memilih yang buruk untuk kamu keluarkan, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan enggan terhadapnya. Dan ketahuilah Allah Maha Kaya , Maha Terpuji."
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda :
((أن الله طيب لا يقبل ألا طيبا ))
" Allah itu sukakan kebaikan dan Dia tidak menerima melainkan kebaikan "
" Allah itu sukakan kebaikan dan Dia tidak menerima melainkan kebaikan "
Berikut adalah beberapa kaedah membelanjakan hasil riba ;
1. Membuat jambatan.
2. Membuat jalan raya.
3. Tandas awam.
4. Selipar untuk digunakan di masjid atau kawasan-kawasan lain.
5. Sabun, penyapu dan segala peralatan yang sepertinya untuk kegunaan awam
6. Disalurkan kepada badan kebajikan dan NGO-NGO yang melakukan kerja-kerja kebajikan.
Segera buat keputusan untuk kebaikan dunia dan akhirat.
Sama-sama menjauhi dosa riba!
~ The Idealist : Leading the development of Ummah! ~
9 ulasan:
Daus. Ckp psl selipar kat masjid 2. Bleh x ko check blik. Takut ade yg salah faham. Bila sebut psl masjid ni mcm2 org nk bg. Maksud aku takut ada yg bg mushaf atau benda2 len berkaitan ibadah. Ada hukum x bleh mengunakan hasil haram untuk kegunaan benda2 mcm 2 kat masjid. Minta ko check hukum 2 bleh x? Wallahua'alam.
Salam..erm..thanks atas teguran tu.
Dlm artikel ni aku ad tulis tntng larangan mnggunakn hasil haram pada pembinaan masjid, beli mushaf al-Quran dan untuk bayar zakat.
Ada dalil sekali.
Mungkin cara penerangan aku xjelas kot. Apa pun, untuk elak kekeliruan, nanti aku akan betulkan yer..
Terima kasih yer..
Bagaimana pula jika kita telahpun mengetahui status suatu pelaburan itu adalah tidak mengikut syariah (cth: ASB); tetapi masih melaburkan duit itu dgn tujuan menjana wang yg bermatlamatkan utk melangsaikan hutang lain dgn bank?
Ada pendapat yg mengatakan bhw wang yg diperolehi ini boleh disucikan dgn pembayaran zakat. Adakah ini benar?
Salam..
Maaf Abg Zul, lmbt sgt reply msj ni.
Erm, untuk jawapn kepada persoalan abg Zul tu, matlamat tidak menghalalkan cara. Walaupun niat kita baik, tapi jika cara tu buruk, maka tetap salah.
Seperti orang mencuri, niat untuk membantu warga miskin. Hasilnya tetap haram kerana perbuatan mencuri itu berdosa.
JAdi tidak boleh digunakan pendapatn yang haram untuk tujuan kebaikan, macam yang saya terangkan dalam artikel sblm ini.
Untuk mencuci hasil haram dengan zakat adalah tidak dibenarkan. Saya juga ada sebut di dalam artikel ini bahawa hasil yang buruk tidak boleh dibelanjakan untuk jalan kebaikan yang khusus seperti itu. Kecuali dengan kaedah-kaedah yang disarankan. Iaitu untuk kepentingan semua melalui jalan sedekah.
Berkenaan status pelaburan ASB, saya tak berani nak jatuhkan hukum. Cuma pandangn saya ada syubhah. Tapi majlis fatwa telah tetapkan hukumnya adalah harus. Untuk orang awam, orang biasa, pegangan hukumnya adalah mengikut fatwa mufti negaranya. Jika majlis fatwa kata harus, haruslah untuk terlibat.
Cuma bagi saya, saya tidak mahu terlibat dengan ASB n ASN kerana terbuka banyak sumber pelaburan lain untuk saya terlibat. Contoh paling baik adalah Public Mutual. Dana amanah Islam yang diakui. Kenapa tidak memilihnya. Lebih tnggi juga pulangannya.
Kepada yang lebih arif, minta betulkan jika saya tersalah. Saya mohon petunjuk dari Allah Taala.
assalamualaikum...
nak tanya pendapat, masuk insurans konvensional, lepas matang 12 tahun ambil nilai bayaran bulan sahaja selama 12 tahun dan keuntungan hasil simpanan buat seperti yang tuan sarankan , bolekhan begitu?
Assalamualaikum...
Nk tnya klau seseorang trlibat dgn pkrjaan d bank konvensional...pasti trlibat dgn intrest sbb gji brdsarkn sales loan....jdi nk tnya pndpat cara untk brsihkn gji....
Assalamualaikum,
Saya ada duit riba.
1.Bolehkan diberikan kepada pengurus madrasah tahfiz untuk membayar sewa bangunan tahfiz?
2. Bolehkan digunakan untuk pengurusan mengecat bangunan sekolah yang terlibat dengan banjir besar disember 2014 lalu? Pengurusan bermaksud untuk membeli cat dan upah tukang cat.
Assalamualaikum wbt,saya nak bertanya
1. Bolehkah saya salurkan duit riba kedalam cukai pendapatan?
2. Jika telah masuk insuran nyawa konvensional selama 20 tahun, boleh cadangkan apa saya perlukan kerana sebahagian hasialnya adalah riba.
Bolehkah saya membayar cukai pendapatan
mengunakan duit interest bank
Terima kaseh
Catat Ulasan