Alhamdulillah, pagi ini saya dihidupkan kembali setelah dimatikan seketika di malam hari. Syukur dengan kurniaan nafas dan nyawa dari Allah Maha Pencipta. Pagi hari pun indah menampakkan serinya. Cuaca di Irbid ini nampaknya berkeadaan baik walaupun ada tompokan awan melitupi setengah-setengah bahagian langit.
Pagi ini juga dengan segala kebesaranNya, hati saya terketuk dengan kebesaran ayatNya. Betapa Allah menciptakan segalanya sempurna, lengkap tanpa cacat celanya. Mengapa kita selalu gagal untuk memerhati dan memikirkan tentang sebuah keagungan yang nyata, dicipta Allah SWT yang Maha Pencipta??
Saya bukan ingin membicarakan tentang 'couple' hubungan antara teruna dan dara, pasangan dua manusia yang membawa kepada cinta manusia. Tetapi saya ingin sahaja berbicara tentang pasangan yang dicipta menghubungkan setiap benda dan perkara yang wujud di alam ini guna membawa ke arah CINTA sebenar dan hakiki, cinta kepada Rabbul Izzati..
Ayat yang saya maksudkan adalah dari Firman Allah Taala dalam surah Az-Zariyat, ayat 49 yang bermaksud :

" Dan segala sesuatu Kami cipta berpasang-pasangan agar kamu mengingat ( kebesaran Allah) "
Ya. Setiap sesuatu yang wujud di alam ini diciptakan berpasangan. Bermula dari penciptaan Adam as hinggalah kepada penciptaan makhluk-makhluk yang halus di pandangan mata. Bukan jisim hidup sahaja ada ' couple ' bahkan segalanya.....
Firman Allah Taala lagi, dalam surah Al-A'raf ayat 189 bermaksud :
" Dialah yang menciptakan kamu dari jiwa yang satu ( Adam ) dan daripadanya Dia menciptakan pasangannya, agar dia merasa senang kepadanya."
Firman Allah SWT lagi :
" Dan Dialah Tuhan yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai padanya. Dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan, Allah menutupkan malam kepada siang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda ( kebesaran Allah ) bagi kaum yang memikirkan." ( QS 13:3 )
Mari kita tonton seisi alam kurniaan ini, bagaimana segala yang wujud itu memiliki pasangannya yang tersendiri. Kita lihat hamparan
Utara itu milik selatan, begitu juga siang itu gantinya malam. Petang bertandang setelah kasihnya pagi belalu. Indah ciptaanNya, bagi mereka yang memikirkan.
Kita intai pula kepada sekecil-kecil perkara tapi masih berkaitan kehidupan. Bermula dengan komponen terpenting dalam kromosom mahkluk hidup iaitu Adenine yang berpasangan dengan Tymine, Guanine berpasangan dengan Cystosine
. Jalinan komponen ini adalah hasil ciptaan Allah SWT yang yang merupakan ' kod-kod digital' bagi menyimpan 'data-data' sifat makhluknya. Penuh terperinci ciptaanNya, buat mereka yang memikirkan.
Begitu juga dengan angka 0 yang berpasangan dengan 1. Nombor yang menjadi kod pengoperasian komputer yang kita gunakan hari ini. Jika jalinan diantara angka 0-1 itu terganggu maka terganggulah sistem komputer kita.
Lihat jam di tangan atau di dinding bilik anda pula, jam yang digunakan adalah jenis digital atau analog?? Walaupun manusia yang memikirkan pelaksanaannya namun segalanya datang dari fikiran yang dianugerah Allah SWT kepada manusia. Hebat, bagi siapa yang memikirkannya.
Kita pergi pula kepada tubuh badan kita, lihat kita ada dua tangan, dua mata, dua telinga, dua kaki, dua buah pinggang. Lihat asal kejadian kita, wujudnya sperma mencari ovum untuk disenyawa tujuan melahir jagat manusia .
Maka segala-galanya ini adalah khusus buat manusia memikirkan dan mengingat kebesaran Allah SWT. Tuhan bagi sekalian semesta alam. Tapi sejauh mana kita sama-sama merenung dan memikirkannya??
Dalam al-Quran terlalu banyak perintah supaya kita memikir, bertadabbur dan merenung ciptaan Allah SWT, guna memperkemas keimanan dan ketakwaan padaNYa.
Adakah kita telak melaksanakannya????
Semesta bertasbih.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan