Hari ni alhamdulillah, saya sudah pun menyempurnakan 'paper' terakhir bagi ujian pertama untuk semester ni. Kertas terakhir adalah mata pelajaran ' النقود والبنوك ' ( Wang dan Bank ) yang diajar oleh Dr. Mufleh, salah seorang pegawai ' Jordan Islamic Bank ' dan pensyarah sambilan di Universiti Yarmouk. Dr ni banyak pengalamannya.. Soalan ujian agak memeningkan kepala tambahan lagi waktu ujian tersebut diadakan adalah pada waktu petang, lebih tepat lagi hampir maghrib. Suasana pun sudah suram.
Disebabkan perubahan musim, malam menjadi panjang di sini. Wajah hari jam 5 petang sama seperti jam 7 malam di Malaysia, sudah maghrib. Hari pun merangkak malam. Walau baaimanapun, alhamdulillah semua soalan dapat saya jawab dengan baik ( betul salah hanya Allah yang tahu ).
Selesai sahaja menyerahkan kertas jawapan kepada Dr Mufleh, azan maghrib pun berkumandang. Saya terus menuju ke Masjid Jamiah ( Universiti ) untuk menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. Tenang rasa hati dapat melunaskan hak sebagai seorang hamba kepada Pencipta.
MALAM YANG MENDAMAIKAN...
Selesai solat isyak, saya bersama beberapa rakan menghadiri satu program yang dianjurkan oleh PERMAI ( Persatuan Mahasiswa Irbid ) di rumah persatuan. Program ini dinamakan sebagai program Introspeksi Iman. Ia dijalankan pada setiap malam di mana para mahasiswa diberi peluang untuk melatih diri menyampaikan ilmu melalui pengucapan awam.
Malam ini, seorang sahabat dari Utara tanah air menyampaikan buah fikirannya. Bicaranya banyak meruntun jiwa. Memberi rasa manis pada halwa telinga dan rasa syahdu di hati. Insaf seketika jiwa yang lalai ni..
Beliau menceritakan betapa kotornya hati kita sehari-hari dengan banyak pencemaran, maksiat dan sebagainya. Beliau menyebut kata-kata seorang tokoh mujahid Afghan, Abdullah Azzam yang menyatakan bahawa hati manusia ini ibarat cermin. Dosa-dosa kecil itu bagai debu-debu kotor manakala dosa-dosa besar itu ibarat seketul batu.
Jadi cuba bayangkan jika kita melakukan dosa kecil maka ianya akan mengotori hati kita seperti debu- debu kotor mengotori cermin. Maka hasilnya cahaya tidak dapat dipantulkan bukan??
Begitulah dengan hati.
Andai kita melakukan dosa besar pula seumpama kita melontar sebiji batu yang keras ke arah cermin. Apa hasilnya??? Sudah tentu cermin akan retak, pecah. Begitu juga dengan hati. Jika dihiasi dosa-dosa besar maka akhirnya akan hancurlah hati tersebut. Maksud di sini akan matilah hati manusia itu.
Namun, apa yang menarik perhatian saya adalah perbandingan yang dibuatnya tentang ' hati dengan gelas kaca '. Perbandingan ini juga pernah dibawa oleh Presiden MPPM dalam tazkirahnya sebelum ini.
Hati yang penuh dosa itu umpama sebiji gelas kaca yang dipenuhi kotoran, lumpur, air longkang dan sebagainya.. Jadi jika kita sentiasa memperbaharui tarbiyah dalam diri, memperbaharui iman dan meningkatkan amal-amal yang soleh maka seumpama kita menelingkupkan gelas tersebut sehingga habs, hilang kotoran yang terdapat di dalamnya. Selepas itu diibaratkan kita isi dan penuhi dengan air yang jernih. Jika kita terus-terusan memperbaharui iman dan menambah amal-amal yang soleh, maka air yang jernih itu akan melempah- ruah membanjiri seluruh kawasan berdekatan dengan gelas kaca tersebut.
Begitu perumpamaan yang ditunjukkan bagi menggambarkan hati dan iman mukmin yang bersih. Kebaikan itu akhirnya akan memenuhi ruang dan melimbah kepada masyarakat dan kawasan berhampiran dengannya.
Nabi SAW bersabda: Ertinya :
Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitabnya, al-Hilyah.
Begitulah rakan pembaca sekalian, segalanya datang dari hati. Hati yang bersih jernih itulah sebaik-baik kediaman bagi ilmu yang kita mahu perolehi. Gelap hati maka sukarlah ilmu itu turun ke sanubari.
Imam Syafie pernah berkata :
Kesimpulannya, kita sebagai pelajar, sebagai mahasiswa seharusnya sentiasa membersihkan hati dari segala pencemaran dan kekotoran yang boleh menghalang cahaya ilmu Allah masuk menetap dalam hati kita. Marilah kita sama- sama bertaubat memohon keampunan kepada Allah di atas segala dosa yang pernah kita lakukan samada di sedari mahupun tidak disedari.
Firman Allah SWT di dalam surah Al-Zumar, ayat 53 maksudnya:
Ya Allah.. sesungguhnya hambaMu yang hina ini banyak melakukan kesalahan dan maksiat kepadaMu. Ampunilah segala dosa-dosaku dan semua insan-insan yang mengenaliku serta sekian muslimin-muslimat sekaliannya. Amin...
Rujukan:
1) Al-Quran Al-Karim, Surah al-Zumar : 53
2) Membentuk Jiwa Sufi, Dr Hj. Jahid Hj. Sidek.
3) http://jsattaubah.multiply.com/journal/item/20

" Sesungguhnya kebaikan-kebaikan itu akan menghapuskan berbagai kejahatan sebagaimana air menghapuskan kekotoran."
Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitabnya, al-Hilyah.
Begitulah rakan pembaca sekalian, segalanya datang dari hati. Hati yang bersih jernih itulah sebaik-baik kediaman bagi ilmu yang kita mahu perolehi. Gelap hati maka sukarlah ilmu itu turun ke sanubari.
Imam Syafie pernah berkata :
" Aku mengadu kepada Waqi' tentang buruknya hafalanku. Beliau menasihatiku agar meniggalkan maksiat. Dan kemudian beliau memberitahuku bahawa ilmu itu adalah cahaya, dan cahaya Allah itu tidak diberikan kepada orang yang bermaksiat."
Kesimpulannya, kita sebagai pelajar, sebagai mahasiswa seharusnya sentiasa membersihkan hati dari segala pencemaran dan kekotoran yang boleh menghalang cahaya ilmu Allah masuk menetap dalam hati kita. Marilah kita sama- sama bertaubat memohon keampunan kepada Allah di atas segala dosa yang pernah kita lakukan samada di sedari mahupun tidak disedari.
Firman Allah SWT di dalam surah Al-Zumar, ayat 53 maksudnya:
" Katakanlah: Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Ya Allah.. sesungguhnya hambaMu yang hina ini banyak melakukan kesalahan dan maksiat kepadaMu. Ampunilah segala dosa-dosaku dan semua insan-insan yang mengenaliku serta sekian muslimin-muslimat sekaliannya. Amin...
Rujukan:
1) Al-Quran Al-Karim, Surah al-Zumar : 53
2) Membentuk Jiwa Sufi, Dr Hj. Jahid Hj. Sidek.
3) http://jsattaubah.multiply.com/journal/item/20
Tiada ulasan:
Catat Ulasan