Alhamdulillah, hari ini telah saya lalui dengan baik. Syukur kehadrat Allah SWT kerana masih lagi mengurniakan nafas pada saya yang mudah lupa diri ini, lupa bahawa saya adalah hamba yang perlu patuh kepadanya ( moga diampunkan segala dosa ) dan syukur juga kerana dipermudahkan segala urusan saya.
Hari ini hari yang agak memenatkan. Tambahan lagi malam semalam saya lewat tidur kerana menekuni madah Nuqud Bunuk ( Wang dan Bank ) kerana ada ujian keesokannya. Sambil-sambil study, ada kerja yang baru saya sedar lupa untuk disiapkan. Kena hantar hari ini, maka malam semalam bertungkus lumuslah saya. Macam mana la careless sangat sampai terlupa, Ya Allah. Hari ini telah mengajar saya tentang bahaya menangguh kerja. Maka saya telah simpan dalam minda separuh sedar saya untuk bersedia jika menerima tugasan-tugasan selanjutnya, usah ditangguh kerja yang ada!
Kelas boleh dikatakan sepanjang hari. Dari jam 11 pagi hinggalah 9 malam. Penat, sungguh. Tetapi penat yang memberi erti.
Malam ini baru terasa kepanatan yang amat, menyelinap di celah urat-urat saraf saya. Dicampur dengan cuaca yang agak sejuk, kepala yang berdenyut, perut yang sentiasa minta di isi dan minat saya pada bantal dan selimut membuatkan diri bergelumang dalam bermacam rasa. Penat namun seronok. Seronok kerana diajar sebuah erti pada hidup oleh sang hari.
Malam ini telah mengajar saya satu lagi perkara penting. Saya teringat sebuah pepatah Arab :
" ركود الماء يفسده, فراغ الشاب يقتله"~ Air yang tenang tidak mengalir akan dirosakkan oleh statiknya itu,
Pemuda yang banyak masa lapang ( tidak dinamik ) akan dibunuh oleh masa lapangnya
itu ~
Betul, orang muda yang banyak sangat masa kosong akan 'dibunuh' oleh masa lapangnya. Saya sudah pun merasainya. Saya punya bukti. Saya tidak langsung dinamik pada cuti Aildiladha baru-baru ini. Saya sepatutnya telah dapat menghabiskan sebuah buku jika dibaca, dan kerja-kerja saya tidak sepatutnya tertangguh. Saya tidak menggali banyak ilmu pun pada waktu lapang tersebut, maka saya statik dan tidak dinamik.
Kesannya, saya telah rasa malam semalam, hari ini dan sekarang!
Memang pemuda sekarang terutamanya di negara-negara Islam dibunuh oleh masa lapang, oleh tidak dinamiknya mereka mengisi masa. Mereka hilang ditelan masa kosong yang sepatutnya mereka isi dengan perkara-perkara yang bermanfaat.
Inilah sebabnya negara-negara Islam terus mundur, makin menguncup. Masa-masa kosong di isi dengan hiburan-hiburan yang dicanang oleh musuh-musuh Islam. Mereka tahu, pemuda Islam itu kalau sihat, dinamik, berdaya maju dan bersemangat lagi berlimu maka akan musnahlah cita-cita mereka, akan tertanamlah keegoaan mereka. Islam pasti akan bangkit. Maka mereka cipta bermacam perkara bagi melekakan para pemuda dan pemudi kita.
Saya seru diri saya dan anda semua untuk berubah. Mari kita dinamikkan masa kita dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Paling mudah pun kita hanya duduk di depan laptop dan koreklah ilmu-ilmu yang berguna. Untuk pengetahuan kita, untuk bekalan kita. Ingatlah, masa depan Agama Suci ini bergantung pada kita semua. Negara dan bangsa juga mengharap pada pemuda pemudi seperti kita. Jika kita awal-awal 'syahid' dibunuh masa bagaimana pula dengan Agama, Bangsa dan Negara?????
Teringat saya pepatah Arab yang bermaksud
" Masa itu umpama pedang, jika kita tidak memotongnya maka ia akan memotong kita.."
Moga-moga semua tidak dibunuh oleh masa dan tidak mati katak ditikam pedang-pedang waktu!
Selamat berjuang wahai pemuda-pemudi semua!
1 ulasan:
sungguhku terkilan dengan hasil nukilan saudara nie.. mmg btul apa yg di katakn... adaklanya kita lupa dgn prkara yg melalaikn...
Catat Ulasan