Sudah berminggu saya tidak menulis di blog ini. Alhamdulillah, malam ini saya diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menulis kembali di laman ini.
Selamat Tahun Baru saya ucapkan kepada semua. Rasanya belum terlambat ucapan ini saya tujukan buat semua. Pasti semua telah membina bermacam-macam impian, cita-cita dan harapan baru pada tahun ini, seperti tahun-tahun sebelumnya. Moga kalian berjaya mencapai matlamat dan azam tersebut. Yang paling utama semoga iman setiap dari kita menjadi lebih baik dan sempurna. Kita sebagai hamba Allah hanya ada satu tujuan di atas dunia ini iaitu mengabdikan diri kepada-Nya, jadi sudah tentu kekukuhan dan pembaikan iman dan diri sebagai hamba Allah itu menjadi sesuatu yang penting untuk kita tekankan di tahun baru ini seiring dengan peningkatan usia kita semua.
Bagaimanapun tahun baru ini jadi sepi dan haru bagi seluruh umat Islam pastinya. Ketika manusia seluruh dunia ini bergembira dengan kehadiran tahun baru, saudara-saudara kita di Palestin dibunuh, dibom oleh Israel laknatullah!
Kejam mereka!
Jahat dan terkutuk perbuatan mereka!
Saya hampa!
Semua hampa!
Kita tidak mampu untuk membantu. Sedih melihat gambar-gambar mangsa kekejaman Yahudi. Yang hanya mampu untuk kita lakukan hanyalah berdoa agar saudara kita di Gaza diberi kekuatan bagi berdepan perbuatan tidak berperi kemanusiaan Zionis!
Ingat, doa adalah senjata utama umat Islam. Kita serahkan segalanya kepada Allah taala. Insyaallah. Semoga doa kita semua diterima.
Saya juga menyeru kepada diri saya dan semua, marilah kita semua kembali kepada landasan Agama. Berpeganglah dengan tali Allah. Moga dirahmati dan dipermudahkan segalanya. Sempena tahun baru ini marilah kita sama-sama bertaubat atas segala dosa dan perlakuan kita yang lalu. Tinggalkan segala perbuatan buruk yang enjadi amalan kita sebelumnya. Moga dengan keampunan Allah Taala itu, hati kita bersih dan makin hampir menggapai CINTA-Nya, Insyaallah.
Salam Tahun Baru buat semua.
Untuk saudara-saudaraku di Gaza, sesungguhnya aku bersama kamu semua! Walau bukan di alam nyata tapi kekal menjadi ingatan di dalam doaku sepanjang masa dan setiap ketika.
Ya Allah, Bantulah mereka.....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan