Sabtu, Disember 06, 2008

Ambil Peluang

Esok adalah hari yang Allah SWT kurniakan buat hamba-hambanya ganjaran yang cukup besar lagi istimewa. Hari Arafah. Allah SWT menawarkan keampunan dan pengecualian kepada hamba-hambanya dari api neraka. Menjadi keutamaan kita merebut peluang yang dianugerahkan ini. Jika tidak rugilah kita.

Bagaimana mengambil peluang ini??

Sudah tentulah dengan banyak beribadat dan bertaubat kepada Rabb Yang Satu atas segala dosa-dosa yang lalu. Amalan yang utama bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji adalah berpuasa.

Telah diriwayatkan oleh Abu Qatadah al-Anshari ra :

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda : " Ia menebus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang." ( Hadis Riwayat Muslim ).

Apa yang ditunggu kawan-kawan?

Jom kita sama-sama merebut peluang yang ada.

Ya Allah..Ampunkan dosa kami semua sama ada yang jelas mahupun yang tersembunyi, zahir mahupun batin, disedari mahupun tidak disedari. Dudukkanlah kami semua di bawah redhaMu. Ameen...

Tiada ulasan: