Jumaat, Disember 12, 2008

Suara Alam



















Hutan selalu mengadu
dengan suara mergastua
bahawa dia derita,
sengsara,
cedera
tidak lagi tidur lena
oleh sebab tangan-tangan manusia

Sungai juga pernah berkata,
dasarku senak
dipenuhi tanah-tanah kotor
dari hakisan,
aku takut menangis,
nanti akan terbenam seluruhnya
padahal ini semua berlaku
oleh sebab tangan-tangan manusia

Bukit pula sentiasa merintih
Aku telah lama dinoda katanya
digondolkan kepala,
ditebuk-tebuk dada,
dibelah-belah semua.
Kini aku dihujung nyawa
aku akan mati
ajalku bakal meruntuhkan
ego manusia
mautku akan turut meragut nyawa mereka
Padan muka!!
rasakan semua
disebabkan tangan-tangan mereka
aku derita...


Takziah saya ucapkan kepada mangsa-mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Ini semua adalah ujian Allah SWT buat hamba-hambanya, bersabarlah wahai manusia. Ini juga merupakan pengajaran Tuhan pada manusia yang sering alpa dek seronok mengumpul kekayaan dunia tanpa sedar telah meregut 'kesihatan' alam yang dinoda demi secupak kekayaan dunia. Sedarlah bahawa alam juga punya ' suara ' , jika ia ' bebicara ' hancur semua!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

manusia belum sedar
manusia masih alpa
manusia sibuk cari kekayaan dunia
lagi lagi dan lagi
ade manusia amik kesempatan mencuri harta2 mangsa tanah runtuh ni!!