Isnin, Mei 25, 2009

Sebuah Persahabatan
















Sahabat-sahabatku,
semuanya bagai bintang.
Walau tidak selalu nampak,
ia pasti terlihatkan.

Jika bintang hiasi dada langit,
sahabatku penuhi ruang kalbu.

Jika bintang indahkan kelam malam,
sahabatku warnai suram jiwa.

Mereka dan aku
begemerlapan menyatu.
Umpama bintang berjuta,
berkelip-kelip
penuhi langit malam selalu.


* Dah lama tak mencipta puisi, khas untuk semua sahabatku khususnya pelajar IKIP-Yarmouk 06-10. Biar sinaran persahabatan terus mewarnai indahnya hidup.

2 ulasan:

niey21 berkata...

bintang...banyak tp kadang2 kite xnmpk sbb ade cahaya lain yang menyinari...ble gelap aje nmpk kn?? hehe..smg sentiasa kelihatan seperti mentari, walaupon malam tetap bg cahaya pd bulan untuk menerangi kwn kita....=)

alfansuri berkata...

matahari tu pun bintang, cuma dia nmpk besar sebab dekat..apa pn segala yang menyinari itu baik sifatnya dan menyinari sang kawan itu mahal ertinya..