Siri Travelog Haji Muda ini sudah lama
tertangguh. Hajatnya dulu saya mahu menulis seluruh kisah perjalanan
haji saya bersama sahabat-sahabat sehingga selesai ibadah tersebut.
Namun dek kerana kekangan-kekangan yang ada saya tinggalkan ia
tergantung begitu sahaja.
Semalam
saya dihubungi oleh wartawan Berita Harian yang membaca blog saya ini,
En. Sani. Katanya dia tertarik dengan cerita haji muda ini. Mahu jadikan
bahan artikelnya untuk terbitan Raya Haji nanti. Bagi saya tiada
masalah. Asalkan mendatangkan manfaat kepada umat Islam di Malaysia
seluruhnya. Yang paling penting mendatangkan semangat kepada orang muda
untuk pergi menunaikan haji.
Itulah
juga antara cita-cita saya menulis travelog haji ini. Saya mengharap
supaya golongan muda tidak takut untuk menjadi tetamu Allah di tanah
yang paling diberkati itu.
Moga-moga ada kebaikan pada segalanya ini. Tiadalah harapan lain melainkan redha dan perhatian Allah jua yang diharapkan.
Moga semua yang menyumbang memperoleh rahmat-Nya, Insyaallah.
1 ulasan:
Arghhh...sebak!
Catat Ulasan